Siapakah Amir?

SIAPA AMIR?

Sambutan ulangtahun Amir Sports (M) yang ke tujuh.

Amir Sports (M) Sdn Bhd didaftarkan premis perniagaannya pada 8 Julai 2013. Mula beroperasi pada 12 Januari 2014 di Festival Walk. Pada tanggal 12 Januari 2021 merupakan ulang tahun syarikat yang ke tujuh tahun. Selama lima setengah tahun beroperasi di Festival Walk, Amir Sports kini sudah berpindah ke kawasan yang lebih strategik yang berdekatan dengan stadium iaitu di Jalan Kamaruddin Isa, Fair Park.

Pengasas Amir Sports, En Shahrizal bin Haji Yousuf berjinak-jinak dalam dunia perniagaan sedari kecil. Beliau bekerja dibawah syarikat ayahnya, Amin Trading yang bertapak di Kedah. Amin Trading membekalkan barangan sukan di sekitar Alor Setar. Dari situ beliau mula menyimpan cita-cita ingin membuka perniagaan barangan sukan miliknya sendiri. Setelah cukup berguru dan menuntut ilmu dari perniagaan bapa beliau sendiri, En Shahrizal mula membuat perancangan, mengorak langkah untuk membuka premis perniagaan barangan sukan miliknya sendiri. Beliau memilih Negeri Perak sebagai kawasan pembangunan premis perniagaannya kerana kedudukannya yang strategik, di tengah-tengah antara selatan dan utara. Beliau berhasrat ingin mengembangkan perniagaannya ke seluruh Malaysia.

Shahrizal mengambil masa selama dua bulan memikirkan nama yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai nama premis perniagaan beliau. Setelah penat memerah otak, beliau mendapat ilham dari sebuah papan tanda di sebuah masjid. Dari situ beliau memilih Amir sebagai nama komersial untuk premis perniagaan beliau. Rata-rata pelanggan yang belum mengenali Shahrizal, mereka berpendapat pemilik premis ini bernama Amir. Namun hakikatnya nama ‘Amir’ bukan lah dari nama sesiapa yang Shahrizal kenali jauh sekali nama ahli keluarganya sendiri. Walaupun ramai pelanggan yang memanggil dirinya sebagai Amir, namun Shahrizal tidak kisah malah lebih selesa dikenali sebagai ‘Amir’ bersempena nama premis miliknya.

Bermula di Festival Walk, selepas lima tahun bertungkus lumus membina nama di sekitar kawasan Ipoh juga dikalangan guru-guru sekolah, kini Amir Sports bertapak di Fair Park. Di kedai, terdapat pelbagai barangan sukan seperti bola sepak, raket badminton, raket tenis, kayu hoki, sepak takraw, pingpong, dan barangan sukan dalaman. Selain itu, barangan aksesori sukan juga ada dijual seperti grip dan tali raket badminton, grip kayu hoki, kasut sukan, baju jersey, beg badminton dan beg hoki. Para pelanggan bukan sahaja boleh membeli secara langsung dikedai, tetapi boleh membuat tempahan barangan sukan dalam kuantiti yang banyak. Seperti yang banyak dilakukan oleh pihak sekolah di seluruh Perak. Terdapat juga cenderamata yang boleh ditempah seperti medal, trofi dan baju jersi.

Menyanjung tinggi cita-cita dan usaha En Shahrizal yang ingin mengembangkan perniagaannya ke seluruh Malaysia, kini beliau mula mempersiapkan laman web milik perniagaannya sendiri bagi memudahkan pelanggan untuk membeli dan mendapat informasi terkini tentang barangan sukan yang dibekalkan. Laman web yang bakal dilancarkan tidak lama lagi memuatkan lebih 1,000 produk dari pelbagai jenis permainan sukan. Di harapkan langkah ini dapat menarik lebih ramai pelanggan bukan sahaja di seluruh Malaysia, tetapi juga dari luar negara.